下次再来哟!!

Saturday 12 September 2015

Strategi dalam Kesantunan Lisan

Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam. Dalam percakapan seseorang perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi. Tindakan ini adalah untuk menjaga air muka seseorang. Kita perlu memilih ungkapan yang sesuai dengan mempertimbangkan identiti orang yang bertutur dan bagaimana untuk menjaga kehormatannya.
Mengikut Brown & Levinson, terdapat empat strategi kesantunan lisan.
1. Strategi Langsung
Strategi ini digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan jelas. Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat seperti anggota keluarga. Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan jelas.
2. Strategi Kesantunan Negatif/Formal
Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. Biasanya berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara arasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang tua.
3. Strategi Kesantunan Positif / Keakraban
Strategi ini dilakukan untuk  menjaga muka positif pendengar. Biasanya digunakan antara dua orang teman* kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.
4. Strategi Tidak Langsung
Penunur melakulan strategi ini dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya. Ini digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
Orang Melayu juga akan menggunakan pelbagai strategi semasa berinteraksi. Antaranya ialah strategi ikhlas, merendah diri, maaf,penyelesaian,memberi peluang,penghargaan dan pujian, berterima kasih dan sebagainya.




    

No comments:

Post a Comment