下次再来哟!!

Saturday 12 September 2015

Strategi dalam Kesantunan Verbal dan Kesantunan Nonverbal

          Terdapat strategi yang boleh kita guna dalam kesantunan verbal, kesantunan nonverbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan.
          Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis. Penggunaan kata-kata yang bersopan perlu digunakan dalam kesantunan verbal. Antara strategi yang boleh digunakan ialah strategi toleransi. Kita perlu memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan. Selain itu, terdapat strategi bertimbang rasa. Apabila kawan kita menghadapi masalah, kita perlu memahami keadaan mereka dan cuba sedaya upaya untuk menolong mereka. Seterusnya, kita juga boleh menggunakan strategi memberi salam. Apabila kami bertemu dengan kawan, kita perlu memberi salam untuk bertanya khabar mereka. Amalan ini amat dipentingkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Strategi bersopan santun dan strategi ramah mesra juga boleh digunakan semasa kita berkomunikasi dengan orang lain. Kita perlu menggunakan gelaran yang betul dan sesuai dengan keadaan. Kedua-dua strategi ini akan membolehkan seseorang berkomunikasi dengan orang lain dalam keadaan yang gembira. Kita juga tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri. Apabila bercakap dengan orang lain, kita perlu memikirkan perasaan orang lain setelah mereka mendengar percakapan kita. Kita perlu menjaga perasaan orang lain. Kita perlu mengamalkan strategi merendah diri semasa kita berkomunikasi dengan orang lain. Kita tidak boleh berasa angkuh kerana sikap angkuh akan merosakkan tanggapan yang buruk terhadap kita sendiri. Sekiranya kita menerima bantuan daripada orang lain, kita perlu berterima kasih kepada orang lain. Dua perkataan ini 'terima kasih' yang diucapkan kepada orang yang telah membantu kita akan menyebabkan orang tersebut berasa gembira.
          Strategi yang digunakan dalam kesantunan nonverbal juga amat penting. Kesantunan nonverbal telah meliputi bahasa tubuh, pergerakan mata,mimik muka,isyarat tangan dan sebagainya. Orang lain akan mudah berasa tersinggung sekiranya kita tidak berkesantunan terhadap mereka. Sebagai pelajar, apabila bertemu dengan guru di sekolah, pelajar perlu menunjukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit untuk menunjukkan penghormatan kepada guru. Kita juga perlu menggunakan ibu jari untuk menunjukkan sesuatu tetapi bukan jari telunjuk. Apabila kita berada di bus, kita perlu memberi tempat duduk kepada orang tua atau wanita yang mengandung.
          Kesimpulannya, kita semua perlu mengamalkan amalan yang betul semasa kami bercakap dengan orang lain. Bahasa tubuh yang kita gunakan juga perlu sesuai.

No comments:

Post a Comment