下次再来哟!!

Tuesday 8 September 2015

Ciri Budi Bahasa dan Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia

          Apakah itu ciri budi bahasa? Tidak dapat dinafikan bahawa ciri budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu diamalkan oleh kita semua dalam kehidupan seharian.
          Antara ciri bahasa ialah ikhlas, jujur, merendah diri dan pemurah. Semua amalan ini sangat diperlukan dalam kehidupan seharian untuk berkomunikasi dengan orang lain. Amalan ini semua juga dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan.
          Selain itu, kami juga perlu bersikap pemaaf dan bersifat sabar. Apabila terdapat orang bersalah terhadap kami, kami perlu memahami sebab dan memaafkan orang itu. Sifat bersabar juga sangat penting dalam kehidupan seharian. Sifat ini dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan dalam kehidupan seharian. Semasa kami berkomunikasi dengan orang lain, kami perlu bersabar dan tidak cemas.
          Budi bahasa bukan sahaja meliputi pertuturan sahaja, malah ia juga melibatkan tingkah laku. Apabila kami bertemu muka dengan orang lain dalam kehidupan seharian, kami perlu menunjukkan muka yang manis dan bersenyum. Hal ini akan menyebabkan kami kelihatan lebih mesra. Kami juga perlu menggunakan ibu jari apabila kami hendak menunjukkan sesuatu. Kami akan dianggap tidak bersopan sekiranya kami menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu.
          Terdapat pelbagai amalan budi bahasa dalam tiga kaum besar iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Contoh amalan budi bahasa kaum Melayu ialah mereka perlu memberi salam apabila bersua. Tindakan ini dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Bagi kaum Cina pula, amalan budi bahasa ialah tetamu perlu menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah orang lain. Tindakan ini dapat memastikan rumah orang lain adalah dalam keadaan yang bersih. Bagi kaum Hindu pula, mereka perlu menanggalkan kasut sebelum mereka masuk ke dalam kuil. Tindakan ini menunjukkan penghormatan kepada agama sendiri.
          Kesimpulannya,setiap kaum mempunyai amalan budi bahasa sendiri yang perlu diikuti oleh kaum tersebut. Amalan budi bahasa dapat memastikan kehidupan masyarakat adalah aman sejahtera.

No comments:

Post a Comment