下次再来哟!!

Wednesday 9 September 2015

Kesantunan Lisan dan Kesantunan Penulisan

            Kesantunan juga dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kesantunan lisan dan kesantunan penulisan.

            Komunikasi lisan merupakan komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang berbual. Kesantunan lisan ini dapat dilihat dalam aktiviti seperti perbualan, wawancara,ucapan,pengacara majlis,pengumunan dan arahan dalam perhimpunan,mesyuarat,protokol pertemuan dengan murid,rakan setugas dan sebgainya. Semasa kita berkomunikasi lisan dengan orang lain, kita perlu menggunakan bahasa yang sopan dam bahasa tubuh yang beradab. Komunikasi secara lisan terdapat dalam dua bentuk, iaitu secara formal atau tidak formal. Dalam komunikasi lisan secara formal, kita perlu menggunakan gelaran yang betul. Komunikasi secara tidak formal pula, kita juga perlu menngunakan bahasa yang bersopan yang tidak menyinggung perasaan orang lain.

           Komunikasi bertulis pula melibatkan pemikiran. Penyampai perlu berfikir secara serius sebelum melahirkan sesuatu mesej kerana penerima mesej tidak dapat bertanha secara langsung kepada penyampai tersebut. Dalam komunikasi bertulis, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian seperti penggunaan kata panggilan yang betul, kata sapaan yang betul, gaya bahasa yang betul, pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks dan juga isi yang tidak sensitif.

          Kesimpulannya, kesantunan perlu dipentingkan dalam jenis lisan dan penulisan. Sekiranya seseorang tidak dapat menggunakan kesantunan berbahasa dengan betul, seseorang itu akan dianggap sebagai seorang yang tidak bersopan dan angkuh.

No comments:

Post a Comment