下次再来哟!!

Thursday 10 September 2015

Kuliah 8 - Peraturan Berbahasa



 Peraturan Berbahasa
Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu.
Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan santun bahasa.
Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i. Peraturan linguistik
ii. Peraturan sosiolinguistik
iii. Peraturan pragmatic
Peraturan Berbahasa
1. Peraturan linguistik
Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa
yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu
bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.
Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan
dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis
rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek bahasa
akan digunakan oleh penutur
Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada
peraturan linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.
Contohnya, penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik
dan sebagainya mestilah dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti
dalam penulisan surat, laporan dll
Begitu juga penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata
ganti diri yang tepat terhadap seseorang
Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu
bapa atau orang yang lebih tua
Intonasi yang tinggi tidak dianggap biadab jika berinteraksi dengan
sahabat handai yang rapat
Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya
dapat menjelaskan mesej dengan baik serta santun
Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah
untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau
majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang
disampaikan.
Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua
yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi
itu dapat dapat mengurangkan jurang komunikasi
disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa
yang digunakan oleh sesuatu pihak
2. Peraturan sosiolinguistik
Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang
menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan
pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis
dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).
Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal
ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada
kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan
menurut sistem dalam masyarakat.
Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi
penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.
Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan
lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang
Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang
Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri
(seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah
satu adab atau unsur kesantunan bahasa.
Dalam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar
dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan
juga hubungannya dengan orang yang berbicara.

Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan
gelaran yang dimilikinya.
Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan
perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.
Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah
saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau
ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau
dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah,
pak su, mak andak dan sebagainya.
Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor
jarak sosial
Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud
di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok
dengan kelompok.
Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat
dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan,
sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual
dengan ibu bapa atau orang-orang yang lebih tua daripada kita
Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai
status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan
sebagainya sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan
bahasa yang digunakan.
Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah
keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas,
pekerjaan dan etnik.
Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula dan
mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa
Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai
dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat
pagi/selamat petang dan memberikan kata-kata hormat kepada
hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua
Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima
kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik
warahmatullahhiwabaratuh
Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran
percakapan
Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa
dalam perbualan.
Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua
selesai bercakap
Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua mestilah
memastikan orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara
dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan
pendapat.”
Begitu juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau
menyampuk percakapan ibu bapanya yang sedang bercakap. Jika
hendak bercakap pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.
Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi
kesantunan berbahasa
Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu,
maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada
saya.”
Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah
menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak
meninggikan nada suara
Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika
semasa berkomunikasi
Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah
begitu ketat dipatuhi

Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks percakapan
bergantung kepada perkara-perkara berikut:-
o Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan,
tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun,
tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak
santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun.
o Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan.
Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang
santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak
santun.
o Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada
tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun
memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘ Masakan sayang sedap!, tidak
dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran,
misalnya dalam konteks suami menyindir istrinya yang tidak pandai
memasak.
3. Peraturan pragmatik
Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi
secara sopan dan berkesan
Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai
perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.
Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan
menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar
menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.
Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu
disesuaikan dengan tujuan komunikasi.
Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan
berkesan.
Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan
sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya
tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama
kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti
perasaan orang lain.
Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata,
ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan,
pemaparan, penghujahan , pembujukan dll

Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza
yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya
Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel
memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta
penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.
Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan
kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih
dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk

Sumber :  https://e.edim.co/41770489/peraturan_berbahasa_pdfx.pdf?Expires=1441900749&Signature=l5Cy-UdpmHOCFEHXfeZrz5UQ5pfP8rgTIZZCS6HhHMl3kJUnlcZQ1z93MxBkfsp73M-TN6oPYwfw-7TQlzEX8NlDU5pIDiI4~J44L4RFACGmDfgfVGD39jJ1dEwAqH9rgfjZWvDliglvZlzhH~Y-dvPES0ftMvVxLLHl~y0YIR-zvH95V8XDZRfUgn5rT3YHXCzGyFVumHaBxXWA6NigTNY2OcPFnYPV7iASLbRMWUZtPole3JlPRPJ3-p0v6d5nok~G3R7B~OakFO8kvZuIthI34baAOJ-wo6OD0-7Q39poKNrDXlX5MYtN-JtBhEe4bD7t0eD~CmJbCFAYL8oAYQ__&Key-Pair-Id=APKAIJNVNRBLLSTGN23Q

No comments:

Post a Comment