下次再来哟!!

Tuesday 8 September 2015

Konsep Kesantunan dan Takrifan Kesantunan oleh Tokoh Dunia

          Santun bermaksud budi pekerti atau beradab sopan dalam kehidupan seharian. Kesantunan pula bermaksud kesopanan dan kehalusan yang diamalkan dalam kehidupan seharian untuk menunjukkan penghormatan kepada orang lain. Kesantunan juga merujuk kepada amalan kehidupan seharian yang dapat dilihat melalui pergaulan seharian. Orang yang santun akan menggambarkan nilai sopan santun. Kesantunan juga boleh berlaku dalam hubungan dua pihak. Contohnya, seseorang anak akan selalu menghormati dan bersopan santun dengan ibu bapa mereka. Kesantunan dapat tercermin dalam aspek kehidupan seperti cara berpakaian, cara bekerja, cara bertutur, cara makan, cara belajar dan lain-lain.
          Terdapat pelbagai takrif kesantunan oleh tokoh-tokoh dunia. Menurut Asmah Haji Omar, kesantunan ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran atau kemarahan daripada pendengar. Kesantunan juga dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas ialah kesantunan yang sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain dalam keadaan atau tempat tertentu. Menurut Leech pula, kesantunan merupakan perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Kesantunan dari sudut Islam adalah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Menurut Hamka, kesantunan adalah kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmi seseorang.
           Konklusinya, terdapat pelbagai lendapat tokoh terhadap kesantunan. Bagi pendapat kumpulan kami, kesantunan merupakan perlakuan dalam kehidupan seharian yang menunjukkan sikap seseorang tersebut. Kesantunan ini amat penting bagi semua.

No comments:

Post a Comment