下次再来哟!!

Wednesday 9 September 2015

Kesatunan Merentas Budaya

          Kebudayaan merupakan cara hidup sesuatu masyarakat. Kesantunan juga berkait rapat dengan kebudayaan. Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat yang meliputi aspek kesantunan dalam berkomunikasi. Nilai kesantunan yang diamalkan dalam masyarakat dapat menunjukkan ketinggian budaya masyarakat tersebut. Semakin tinggi nilai kesantunan, semakin tinggilah budaya masyarakat itu. Walaupun konsep kesantunan terdapat dalam semua masyarakat, terdapat juga perbezaan antara mereka.
          Santun dalam pelbagai budaya perlu diberi penekanan dalam proses berkomunikasi. Komunikasi silang budaya merupakan komunikasi yang melibatkan individu daripada latar budaya yang pelbagai. Komunikasi jenis ini akan berlaku sekiranya kami berkomunikasi dengan orang yang berbeza agama, budaya, bangsa, taraf kehidupan, pendidikan dan sebagainya. Komunikasi jenis ini dipengaruhi oleh pandangan terhadap dunia,kepercayaan dan tingkah laku serta tanggapan terhadap sesuatu hubungan.
          Budaya sangat berkait rapat dengan komunikasi. Sekiranya budaya berbeza,cara berkomunikasi juga akan berbeza. Cara semasa berkomunikasi yang berbeza berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya salah faham. Sebagai contoh, mencium pipi wanita merupakan tindakan yang biasa bagi masyarakat negara Eropah tetapi perbuatan ini merupakan tindakan yanv dianggap tidak sopan bagi masyarakat timur. Pandangan mata secara terus juga merupakan salah satu perbuatan yang dianggap tidak sopan dalam kalangan masyarakat Jepun. Bagi masyarakat Korea, mereka akan memberitahu secara terus keoada tetamu sekiranya mereka tengah sibuk dan tidak masa untuk melayan tetamu. Walau bagaimanapun, masyarakat Melayu sangat mementingkan tetamu dan mereka akan melayan tetamu mereka dengan baiknya.
          Terdapat pelbagai nilai kesantunan dalam masyarakat Malaysia. Bagi masyarakat Melayu, mereka sangat mementingkan kesantunan kerana ini telah menjadi tuntutan ajaran Islam. Masyarakat Cina juga mengamalkan amalan kesantunan dalam kehidupan harian seperti mereka akan membiarkan orang tua makan dahulu semasa mereka berkumpul makan bersama-sama. Bagi masyarakat India, mereka pula tidak akan membazirkan makanan.
          Sebagai guru, kami mesti mengamalkan nilai kesantunan yang baik dari segi pemakaian, tingkah laku dan berkomunikasi. Guru perlu berpakaian yang sesuai dan tidak menentang budaya masyarakat. Sebagai guru, kami juga perlu menjaga tingkah laku dalam kehidupan harian. Semasa berkomunikasi dengan pelajar, guru perlu menjaga tutur katanya. Guru akan menjadi teladan bagi murid dengan menerapkan prinsip kesantunan dalam tutur kata mereka.

No comments:

Post a Comment