下次再来哟!!

Saturday 12 September 2015

Strategi dalam Kesantunan Penulisan

Menurut Brown & Levinson, strategi kesantunan penulisan melibatkan :
- membuat andaian bahawa setiap individu mempunyai air muka dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
- air muka terbahagi kepada 2
1. Air muka positif ( keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya dihargai)
2. Air muka negatif ( keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kiasa autonomi terhadap tindakannya)

Menurut Brown & Levinson, terdapat juga empat strategi yang boleh digunakan dalam kesantunan penulisan.
1. Strategi langsung
Menyatakan sesuatu dengan jelas. Contoh:
"Get out,"she said to me. "I want to talk with Mother."
'Get out' menunjukkan bahawa penutur tidak mengurangkan FTA. Tuturan ini dapat mengamcam muka negatif lawan tutur.
2. Strategi Kesantunan Negatif/Langsung
Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
Contoh:
"As a favor to me, do try to calm down"
Penutur melakukan FTA dengan meminta kesediaan lawan tutur untuk bertenang. Walau bagaimanapun, penutur juga beeusaha supaya tidak memberi ancaman terhadap air muka lawan tutur melalui penawaran yang dilakukan.
3. Strategi Kesantunan Positif/Keakraban
Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif mendengar.
Contoh:
"Just one moment, Doctor, if you please"
Penutur berusaha mencipta interaksi yang baik antara penutur dan lawan tutur.
4. Strategi Tidak Langsung
Penulis menggunakan strategi ini untuk membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
"Can't you see this room is too hot?"
Tuturan ini sebenarnya bermaksud'sila buka kipas'. Petunjuk dilakukan dengan menyebabkan sesuatu yang berkaitan dengan tindakan yang diminta.




    

Strategi dalam Kesantunan Lisan

Konsep air muka bermaksud imej diri dan penutur di tempat awam. Dalam percakapan seseorang perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi. Tindakan ini adalah untuk menjaga air muka seseorang. Kita perlu memilih ungkapan yang sesuai dengan mempertimbangkan identiti orang yang bertutur dan bagaimana untuk menjaga kehormatannya.
Mengikut Brown & Levinson, terdapat empat strategi kesantunan lisan.
1. Strategi Langsung
Strategi ini digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan jelas. Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat seperti anggota keluarga. Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan jelas.
2. Strategi Kesantunan Negatif/Formal
Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. Biasanya berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara arasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang tua.
3. Strategi Kesantunan Positif / Keakraban
Strategi ini dilakukan untuk  menjaga muka positif pendengar. Biasanya digunakan antara dua orang teman* kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.
4. Strategi Tidak Langsung
Penunur melakulan strategi ini dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya. Ini digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
Orang Melayu juga akan menggunakan pelbagai strategi semasa berinteraksi. Antaranya ialah strategi ikhlas, merendah diri, maaf,penyelesaian,memberi peluang,penghargaan dan pujian, berterima kasih dan sebagainya.




    

Strategi dalam Kesantunan Verbal dan Kesantunan Nonverbal

          Terdapat strategi yang boleh kita guna dalam kesantunan verbal, kesantunan nonverbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan.
          Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis. Penggunaan kata-kata yang bersopan perlu digunakan dalam kesantunan verbal. Antara strategi yang boleh digunakan ialah strategi toleransi. Kita perlu memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan. Selain itu, terdapat strategi bertimbang rasa. Apabila kawan kita menghadapi masalah, kita perlu memahami keadaan mereka dan cuba sedaya upaya untuk menolong mereka. Seterusnya, kita juga boleh menggunakan strategi memberi salam. Apabila kami bertemu dengan kawan, kita perlu memberi salam untuk bertanya khabar mereka. Amalan ini amat dipentingkan dalam kalangan masyarakat Melayu. Strategi bersopan santun dan strategi ramah mesra juga boleh digunakan semasa kita berkomunikasi dengan orang lain. Kita perlu menggunakan gelaran yang betul dan sesuai dengan keadaan. Kedua-dua strategi ini akan membolehkan seseorang berkomunikasi dengan orang lain dalam keadaan yang gembira. Kita juga tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri. Apabila bercakap dengan orang lain, kita perlu memikirkan perasaan orang lain setelah mereka mendengar percakapan kita. Kita perlu menjaga perasaan orang lain. Kita perlu mengamalkan strategi merendah diri semasa kita berkomunikasi dengan orang lain. Kita tidak boleh berasa angkuh kerana sikap angkuh akan merosakkan tanggapan yang buruk terhadap kita sendiri. Sekiranya kita menerima bantuan daripada orang lain, kita perlu berterima kasih kepada orang lain. Dua perkataan ini 'terima kasih' yang diucapkan kepada orang yang telah membantu kita akan menyebabkan orang tersebut berasa gembira.
          Strategi yang digunakan dalam kesantunan nonverbal juga amat penting. Kesantunan nonverbal telah meliputi bahasa tubuh, pergerakan mata,mimik muka,isyarat tangan dan sebagainya. Orang lain akan mudah berasa tersinggung sekiranya kita tidak berkesantunan terhadap mereka. Sebagai pelajar, apabila bertemu dengan guru di sekolah, pelajar perlu menunjukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit untuk menunjukkan penghormatan kepada guru. Kita juga perlu menggunakan ibu jari untuk menunjukkan sesuatu tetapi bukan jari telunjuk. Apabila kita berada di bus, kita perlu memberi tempat duduk kepada orang tua atau wanita yang mengandung.
          Kesimpulannya, kita semua perlu mengamalkan amalan yang betul semasa kami bercakap dengan orang lain. Bahasa tubuh yang kita gunakan juga perlu sesuai.

Thursday 10 September 2015

Kuliah 8 - Peraturan Berbahasa



 Peraturan Berbahasa
Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan-peraturan yang tertentu.
Apabila seseorang penutur mematuhi peraturan tersebut, bermaksud seseorang itu mengamalkan santun bahasa.
Peraturan tersebut terdiri daripada tiga iaitu:
i. Peraturan linguistik
ii. Peraturan sosiolinguistik
iii. Peraturan pragmatic
Peraturan Berbahasa
1. Peraturan linguistik
Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa
yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu
bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.
Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan
dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis
rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek bahasa
akan digunakan oleh penutur
Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada
peraturan linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.
Contohnya, penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik
dan sebagainya mestilah dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti
dalam penulisan surat, laporan dll
Begitu juga penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata
ganti diri yang tepat terhadap seseorang
Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu
bapa atau orang yang lebih tua
Intonasi yang tinggi tidak dianggap biadab jika berinteraksi dengan
sahabat handai yang rapat
Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya
dapat menjelaskan mesej dengan baik serta santun
Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi adalah
untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau
majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang
disampaikan.
Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua
yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi
itu dapat dapat mengurangkan jurang komunikasi
disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa
yang digunakan oleh sesuatu pihak
2. Peraturan sosiolinguistik
Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan bahasa yang
menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan
pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis
dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan).
Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal
ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada
kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan
menurut sistem dalam masyarakat.
Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi
penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.
Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan
lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang
Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, Yang
Berhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri
(seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah
satu adab atau unsur kesantunan bahasa.
Dalam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan gelar
dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan
juga hubungannya dengan orang yang berbicara.

Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan
gelaran yang dimilikinya.
Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaan
perlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.
Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah
saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau
ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau
dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah,
pak su, mak andak dan sebagainya.
Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira faktor
jarak sosial
Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar wujud
di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok
dengan kelompok.
Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat
dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan,
sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual
dengan ibu bapa atau orang-orang yang lebih tua daripada kita
Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai
status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan
sebagainya sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutan
bahasa yang digunakan.
Faktor-faktor yang menentukan jarak sosial ialah darjah
keakraban, perbezaan status, usia, jantina, pendidikan, kelas,
pekerjaan dan etnik.
Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula dan
mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa
Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai
dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat
pagi/selamat petang dan memberikan kata-kata hormat kepada
hadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua
Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima
kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik
warahmatullahhiwabaratuh
Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran
percakapan
Masyarakat Melayu akan mendahulukan orang-orang tua semasa
dalam perbualan.
Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-orang tua
selesai bercakap
Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua mestilah
memastikan orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara
dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan
pendapat.”
Begitu juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau
menyampuk percakapan ibu bapanya yang sedang bercakap. Jika
hendak bercakap pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.
Konteks percakapan juga sangat penting dalam mempengaruhi
kesantunan berbahasa
Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta sesuatu,
maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada
saya.”
Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah
menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak
meninggikan nada suara
Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika
semasa berkomunikasi
Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah
begitu ketat dipatuhi

Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks percakapan
bergantung kepada perkara-perkara berikut:-
o Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan,
tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun,
tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak
santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun.
o Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan.
Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang
santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak
santun.
o Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada
tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun
memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘ Masakan sayang sedap!, tidak
dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran,
misalnya dalam konteks suami menyindir istrinya yang tidak pandai
memasak.
3. Peraturan pragmatik
Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi
secara sopan dan berkesan
Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan pelbagai
perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.
Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan
menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar
menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.
Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu
disesuaikan dengan tujuan komunikasi.
Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan
berkesan.
Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan
sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya
tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang sama
kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti
perasaan orang lain.
Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata,
ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan,
pemaparan, penghujahan , pembujukan dll

Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza
yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya
Misalnya wacana jenis penceritaan seperti cerpen dan novel
memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta
penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.
Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan
kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih
dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk

Sumber :  https://e.edim.co/41770489/peraturan_berbahasa_pdfx.pdf?Expires=1441900749&Signature=l5Cy-UdpmHOCFEHXfeZrz5UQ5pfP8rgTIZZCS6HhHMl3kJUnlcZQ1z93MxBkfsp73M-TN6oPYwfw-7TQlzEX8NlDU5pIDiI4~J44L4RFACGmDfgfVGD39jJ1dEwAqH9rgfjZWvDliglvZlzhH~Y-dvPES0ftMvVxLLHl~y0YIR-zvH95V8XDZRfUgn5rT3YHXCzGyFVumHaBxXWA6NigTNY2OcPFnYPV7iASLbRMWUZtPole3JlPRPJ3-p0v6d5nok~G3R7B~OakFO8kvZuIthI34baAOJ-wo6OD0-7Q39poKNrDXlX5MYtN-JtBhEe4bD7t0eD~CmJbCFAYL8oAYQ__&Key-Pair-Id=APKAIJNVNRBLLSTGN23Q

Wednesday 9 September 2015

Forum - Nilai Budi Bahasa sangat penting kepada seseorang manusia yang bergelar guru.

Forum:
"Nilai budi bahasa sangat penting kepada seseorang manusia yang bergelar guru". Berikan pendapat anda terhadap pernyataan tersebut.

# Forum merupakan perbincangan terbuka terhadap sesuatu isu yang dilontarkan. Anda dikehendaki memberikan pendapat, pandangan, komen dan sebagainya terhadap isu tersebut. Anda boleh juga memberikan komen dan pandangan yang telah diberikan oleh kawan-kawan anda, tetapi mestilah dalam suasana yang santun. Untuk melibatkan diri dalam perbincangan ini, klik "reply" dan taip pendapat anda kemudian "reply" kepada GSB1012 Kesantunan Masyarakat malaysia. Perbincangan dalam forum ini juga akan dinilai dari segi penglibatan dan "ciritical thinking". Perbincangan hendaklah menggunakan bahasa Malaysia. Terima kasih, selamat berforum. 

Lee C. said Jul 9, 2015
Pada pendapat saya, memang perlunya seorang guru mengamalkan nilai budi bahasa dalam kehidupan seharian kerana guru merupakan sesuatu kerjaya profesion yang dihoormati orang ramai. Selain itu, setiap tingkah laku dan gerak geri guru sentiasa dilihat oleh anak murid di dalam kelas. Bayangkanlah sekiranya seorang guru tidak berbudi bahasa, apakah yang akan terjadi kepada kelakuan anak muridnya? Nilai budi bahasa seperti berdisiplin, bersopan santun, bertanggungjawab dan sebagainya haruslah ada dalam jiwa guru untuk menjadi teladan kepada para murid sekali gus melahirkan modal Pada pendapat saya, memang perlunya seorang guru mengamalkan nilai budi bahasa dalam kehidupan seharian kerana guru merupakan sesuatu kerjaya profesion yang dihoormati orang ramai. Selain itu, setiap tingkah laku dan gerak geri guru sentiasa dilihat oleh anak murid di dalam kelas. Bayangkanlah sekiranya seorang guru tidak berbudi bahasa, apakah yang akan terjadi kepada kelakuan anak muridnya? Nilai budi bahasa seperti berdisiplin, bersopan santun, bertanggungjawab dan sebagainya haruslah ada dalam jiwa guru untuk menjadi teladan kepada para murid sekali gus melahirkan modal insan yang cemerlang. 
 
Lim L. said Jul 9, 2015
Saya setuju terhadap pernyataan tersebut. Nilai budi bahasa amat penting bagi seseorang guru untuk memdidik anak muridnya ke arah yang lebih baik. Nilai-nilai yang ada pada seseorang guru mampu mempengaruhi akhlak seseorang murid sama ada baik ataupun buruk.

Ang S. said Jul 9, 2015
Saya setuju dengan pendapat Cai Xin dan Li Fang . Pada pendapat saya , guru patutlah menjadi seorang yang berbudi bahasa dan contoh yang baik kepada pelajar. Sekolah boleh dikatakan rumah kedua kepada pelajar ,selain di rumah, pelajar menghabiskan masa yang paling banyak di sekolah . Oleh itu , mereka akan mempelajari apa yang diajar oleh guru-guru dan menganggap guru sebagai contoh dalam kehidupan mereka . Sekiranya guru sendiri tidak berbudi bahasa , pelajarnya berkemungkinan besar akan menjadi seorang yang tidak berbudi bahasa juga . Bak kata pepatah guru kencing berdiri Saya setuju dengan pendapat Cai Xin dan Li Fang . Pada pendapat saya , guru patutlah menjadi seorang yang berbudi bahasa dan contoh yang baik kepada pelajar. Sekolah boleh dikatakan rumah kedua kepada pelajar ,selain di rumah, pelajar menghabiskan masa yang paling banyak di sekolah . Oleh itu , mereka akan mempelajari apa yang diajar oleh guru-guru dan menganggap guru sebagai contoh dalam kehidupan mereka . Sekiranya guru sendiri tidak berbudi bahasa , pelajarnya berkemungkinan besar akan menjadi seorang yang tidak berbudi bahasa juga . Bak kata pepatah guru kencing berdiri , murid kencing berlari , inilah menunjukkan guru merupakan contoh yang amat penting dalam kehidupan pelajar . Dengan itu , guru memang harus berbudi bahasa agar dapat melahirkan para pelajar yang baik dan cemerlang .

Chan J. said Jul 9, 2015
Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana guru sememangnya dianggap sebagai teladan yang baik kepada pelajar. Sekiranya seseorang guru mengamalkan nilai budi bahasa dalam kehidupannya, pelajar-pelajarnya juga akan mencontohi perbuatan tersebut maka pelajar-pelajar yang mempunyai nilai budi bahasa dapat dipupuk dan sikap tersebut akan ditanam dalam diri pelajar. Jika guru tersebut tidak mempunyai nilai budi bahasa, perbuatannya yang tidak berbudi bahasa berkemungkinan akan dicontohi oleh pelajarnya dan masyarakat kita akan kehilangan orang yang berbudi bahasa.

SAW.K • Jul 9, 2015
Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut.Guru merupakan role model bagi pelajar-pelajar mereka.Sekiranya guru berbudi bahasa,maka pelajar akan mencontohi sikap guru mereka.Dengan ini,pelajar yang berbudi bahasa akan dilahirkan.Pelajar merupakan tiang negara pada masa depan dan mereka akan memimpin negara.Oleh itu,pelajar yang berbudi bahasa sangat penting kepada negara kita.Guru perlulah bersikap sopan santun dan berakhlak mulia dalam kehidupan .Hal ini sangat penting untuk melahirkan pelajar yang berbudi bahasa dan bakal pemimpin yang cemerlang.

Kanmani M. said Jul 9, 2015
Saya sokong dengan pernyataan mereka, Nilai-nilai moral amat penting kepada setiap guru terutamanya nilai budi. Guru-guru di sekolah dianggap sebagai teladan oleh setiap pelajar dan pelajar juga akan mengikut budi bahasa yang diamalkan oleh guru. Pelajar akan mengawasi setiap pergerakan guru-guru. Oleh itu, guru haruslah mengamalkan amalan budi yang baik seperti bercakap dengan lemah lembut , bergaul dengan semua pelajar dengan baik supaya murid-murid dapat mengikutinya.

Khoo W. said Jul 9, 2015
Pada pendapat saya, amalan budi bahasa memang penting kepada seseorang guru. Seseorang guru tersebut haruslah bersopan santun dan menunjukkan akhlak yang mulia biarpun di mana-mana tempat sahaja supaya dapat menjaga serta meningkatkan imej diri sebagai seorang guru yang profesional. Selain itu, amalan tersebut penting kepada seseorang guru terutamanya semasa berkomunikasi dengan para ibu bapa pelajar supaya dapat dihormati oleh para ibu bapa dan tidak akan menyinggung perasaan mereka.

Henry L. said Jul 10, 2015
Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu guru harus mempunyai budi bahasa yang baik kerana murid-murid yang selalu mencontohi siapa-siapa sahaja pada masa sekarang.Oleh itu, sebagai seorang guru yang berjaya, Kami harus mempunyai nilai budi bahasa supaya murid-murid dapat mempamerkan nilai positif kepada masyarakat dan juga dapat melatih perpaduan antara murid-murid menjadi insan yang dapat membangunkan negara. Oleh hal demikian, guru harus mempunyai nilai budi bahasa yang sangat baik seperti mengajar mereka dengan hati yang tenang Dan bertanggungjawab untuk melahirkan Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut iaitu guru harus mempunyai budi bahasa yang baik kerana murid-murid yang selalu mencontohi siapa-siapa sahaja pada masa sekarang.Oleh itu, sebagai seorang guru yang berjaya, Kami harus mempunyai nilai budi bahasa supaya murid-murid dapat mempamerkan nilai positif kepada masyarakat dan juga dapat melatih perpaduan antara murid-murid menjadi insan yang dapat membangunkan negara. Oleh hal demikian, guru harus mempunyai nilai budi bahasa yang sangat baik seperti mengajar mereka dengan hati yang tenang Dan bertanggungjawab untuk melahirkan murid yang berilmu dan berbudi bahasa

Lau Z. said Jul 10, 2015
Saya amat bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Pertama sekali guru yang berbudi bahasa lebih disukai dan dihormati oleh murid-murid mereka.Senario ini pastilah dapat mengeratkab hubungan antara guru dengan murid.Dengan itu,murid-murid akan lebih mendengar arahan guru dan tidak akan melawan guru-guru tersebut.Hal ini juga dapat meningkatkan prestasi murid dalam akademik mereka secara langsung.
Selain itu,murid-murid terutamanya murid berdarjah rendah yang masih berfikiran mentah bagai umur baru setahun jagung,darah baru setampuk pinang akan menciplak habis-habisan Saya amat bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Pertama sekali guru yang berbudi bahasa lebih disukai dan dihormati oleh murid-murid mereka.Senario ini pastilah dapat mengeratkab hubungan antara guru dengan murid.Dengan itu,murid-murid akan lebih mendengar arahan guru dan tidak akan melawan guru-guru tersebut.Hal ini juga dapat meningkatkan prestasi murid dalam akademik mereka secara langsung.
Selain itu,murid-murid terutamanya murid berdarjah rendah yang masih berfikiran mentah bagai umur baru setahun jagung,darah baru setampuk pinang akan menciplak habis-habisan tingkah laku guru di dalam kelas.Oleh itu guru yang mempunyai budi bahasa yang tinggi pasti dapat melahirkan murid-murid yang berbudi bahasa.Hal ini adalah amat penting kerana murid-murid sekarang merupakan bakal penerajui pucuk pimpinan negara masa depan.

Naveenah B. said Jul 10, 2015
Saya juga bersetuju dengan pernyataan tersebut.Pada pendapt amalan budi bahasa perlu ada pada setiap orang guru.Guru merupakan sebagai contoh kepada murid -murid sekolah.Murid-murid akn buat apa yang dibuat oleh guru-guru mereka di sekolah.Guru -guru mestilah berbudi bahasa dengan murid -murid dan juga pada orang yang lebih tua.Oleh sebab itu murid-murid juga boleh mengamalkan sikap tersebut.Akhir kata,amaln budi bahasa perlu ada pada seorang guru,oleh sebab itu anak murid juga boleh menjadi seorang yang mempunyai amaln budi bahasa.

Eun M. said Jul 10, 2015
Saya bersetuju bahawa nilai budi amat penting kepada guru. Pada pendapat saya, nilai budi yang ditunjukkan oleh seseorang insan merupakan cermin yang akan mencerminkan 'isi kandungan' yang wujud dalam diri mereka. Sebagai contoh, jikalau seseorang itu menunjukan budi bahasa yang lemah maka masyarakat akan berpandangan serong terhadap dia serta akan berpendapat bahawa dia merupakan seorang individu yang mempunyai sifat diri yang lemah. Perkara ini bukan sahaja akan memudaratkan diri sendiri malah pihak-pihak yang berkaut-paut dengan mereka seperti kawan-kawan, ahli Saya bersetuju bahawa nilai budi amat penting kepada guru. Pada pendapat saya, nilai budi yang ditunjukkan oleh seseorang insan merupakan cermin yang akan mencerminkan 'isi kandungan' yang wujud dalam diri mereka. Sebagai contoh, jikalau seseorang itu menunjukan budi bahasa yang lemah maka masyarakat akan berpandangan serong terhadap dia serta akan berpendapat bahawa dia merupakan seorang individu yang mempunyai sifat diri yang lemah. Perkara ini bukan sahaja akan memudaratkan diri sendiri malah pihak-pihak yang berkaut-paut dengan mereka seperti kawan-kawan, ahli keluarga mahupun bangsa turut akan sama menanggung malu atas perbuatan kurang bernas yang ditunjukkan oleh dia. Begitu juga dengan profesion perguruan. Sebagai seorang pendidik bangsa yang moden, tanggungjawab mereka kini bukan sahaja setakat menjalankan sesi P&P biasa. Mereka juga mempunyai tanggugjawab yang lebih besar iaitu, menjaga nama baik profesion ini, pihak kerajaan malah maruah negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana guru yang tidak berbudi bahasa akan merosakkan imej negara kita. Saya pasti bahawa anda semua masih ingat lagi tentang peristiwa baru-baru ini yang hangat diperkatakan dalam media sosial, iaitu isu tentang seorang guru kanan menyuruh murid bukan islam untuk meminum air di dalam tandas demi menghormati murid bukan islam. Ini telah menjadi isu hangat dan profesion perguruan sekali lagi dikritik oleh masyarakat. Hal ini berlaku kerana kurangnya sifat berbudi bahasa dalam pertuturan guru tersebut. Bak kata pepatah, ' guru kencing berdiri, murid kencing berlari', saya yakin bahawa semua pihak tidak ingin melihat anak bangsa kita bersikap demikian kerana banyak musibah yang akan berlaku jikalau murid-murid tersebut terikut langkah salah yang telah ditunjukkan oleh guru tersebut.Selain itu, isu ini juga telah menwujudkan isu perkauman kerana isi kandungan dari pertuturan guru tersebut dikatakan bersifat perkauman. Isu perkauman ini amat sensitif dan berbahaya kerana disebabkan isu inilah tercetusnya peristiwa hitam di negara kita yang kini telah menjadi satu titik hitam di sejarah negara kita iaitu, peristiwa 13Mei 1969. Sudah terang lagi bersuluh bahawa hal ini sememangnya akan merosakan kehidupan sejahtera yang telah kita kecapi dan nikmati selama ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan nilai budi bahasa yang cemerlang lagi terbilang agar kemakmuran yang kita nikmati sekarang dapat dikekalkan untuk tempoh masa yang lebih panjang lagi. 

Cindy T. said Jul 10, 2015
Adalah tidak dapat dinafikan bahawa budi bahasa ialah aspek yang amat penting kepada seorang guru. Saya sangat bersetuju dengan ayat tersebut kerana guru adalah orang yang sentisa bersemuka dengan anak muridnya. Guru sememangnya perlu berbudi bahasa dan berkelakuan yang setaraf sebagai seorang guru untuk menjaga imej lalu melahirkan genersi muda yang mulia agar memajukan negara.
Seorang guru yang budi bahasa juga akan menjaga pertuturannya. Guru mestilah berhati-hati dengan percakapan kerana kemalangan akan berlaku sekiranya guru tidak budi bahasa dalam pertuturan. Contohnya Adalah tidak dapat dinafikan bahawa budi bahasa ialah aspek yang amat penting kepada seorang guru. Saya sangat bersetuju dengan ayat tersebut kerana guru adalah orang yang sentisa bersemuka dengan anak muridnya. Guru sememangnya perlu berbudi bahasa dan berkelakuan yang setaraf sebagai seorang guru untuk menjaga imej lalu melahirkan genersi muda yang mulia agar memajukan negara.
Seorang guru yang budi bahasa juga akan menjaga pertuturannya. Guru mestilah berhati-hati dengan percakapan kerana kemalangan akan berlaku sekiranya guru tidak budi bahasa dalam pertuturan. Contohnya kes yang baru-baru berlaku pada 16 jun 2015,seorang pelajar SMJK Heng Ee di Pulau Pinang bunuh diri oleh sebab gurunya tersilap dalam percakapan. Oleh itu, budi bahasa terlalu penting bagi seorang guru untuk menjadi seorang pendidik yang disanjungi tanpa menimbulkan perkara yang akan dikesal seumur hidup.