下次再来哟!!

Wednesday 9 September 2015

Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan

          Kesantunan diukur berdasarkan penggunaan kata dan perlakuan seseorang dalam pergaulan harian. Kesantunan sangat berkait rapat dengan penjagaan muka seseorang yang melibatkan maruah diri.
          Muka merupakan air muka atau juga merujuk kepada maruah diri. Menurut Mohamed Mansor Abdullah, malu dapat difahami sebagai suatu nilai suci dan murni yang menjadi asas kepercayaan yang diterima sebagai mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa. Malu dapat membantu seseorang untuk menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji. Namun demikian,kami juga perlu mengelakkan dirinya menerima malu atau memberi malu kepada orang lain. Bagi orang yang menerima malu, mereka akan berasa tertekan di depan orang ramai. Terdapat beberapa peristiwa pembunuhan yang berlaku disebabkan oleh seseorang itu dimalukan pada zaman dahulu. Hal ini telah menunjukkan perasaan malu dikelihatan dapat menghina seseorang. Bagi masyarakat Melayu, malu melibatkan perasaan sendiri dan juga akan memalukan keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang itu melanggar adat masyarakatnya, dia dianggap telah memalukan diri sendiri. Ahli keluarga seseorang itu juga akan berasa dimalukan dan dihina.Seseorang yang membuat perkara yang memalukan diri sendiri dianggap tidak bermaruah. Maruah diri sangat penting bagi diri sendiri. Orang yang bersantun juga tidak boleh menghina seseorang semasa berkomunikasi dengan orang lain.
          Mulut merupakan salah satu anggota badan yang digunakan untuk mengungkapkan kata-kata. Oleh hal yang demikian, mulut kami perlu dijaga dengan baik supaya kami tidak mengeluarkan perkataan yang tidak bersopan atau tidak patut. Sekiranya kami mendengar sesuatu cerita, kami juga tidak boleh memberitahu kepada orang lain selagi perkara itu belum dibuktikan adalah benar. Lidah juga berkait rapat dengan mulut kerana lidah yang membentuk kata-kata. Walau bagaimanapun, hati merupakan anggota badan yang paling penting. Hal ini adalah kerana hatilah yang mendorong lidah dan mulut untuk mengekuarkan sesuatu perkataan. Sekiranya kami mempunyai hati yang baik, kami juga tidak dapat mengeluarkan perkataan yang kasar dan tidak bersopan santun.
Mulut









Lidah
     

No comments:

Post a Comment