下次再来哟!!

Wednesday 9 September 2015

Kuliah 6 - Bentuk dan Jenis Kesantunan

Kesantunan Verbal
•Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab
•Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
•Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan.
•Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur dan masyarakat bahasa tersebut.
•Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau orang yang lebih tua sebagai tanda menghormati orang lain.
"Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
"Assalamualaikum".
Contoh lain :Terima kasih, Sila duduk dan sebagainya.

• Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan
• Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa
• Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
• Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan kata
• Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat

Aspek-aspek Kesantunan Verbal
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
 Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat,
umur dan keakraban hubungan.
•Lihat contoh berikut:
Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.
Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya .
Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada kendiri.

7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:
a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak
Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya
terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang
Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
• Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
 (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau
isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak
long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.

8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan
Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor,
Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli
dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
 Aspek-asper Kesantunan Verbal
 Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang
sama dengan penggunaan gelaran saudara.
 Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada
para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat
guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

9. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak,
Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang,
Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak),
Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak);
Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei
Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti
syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah
pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga
tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau),
Teuku dan Teungku (Aceh).

10. Gelaran Kurniaan
 Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk
Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran
yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri
kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan
seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj.

11. Kata Panggilan dalam majlis rasmi
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri
Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja
Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat
Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri,
Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undang
an Negeri (wakil rakyat) Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Teng
ku atau Raja Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan
(selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelara
n ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Kesantunan Non Verbal
 Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau
dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan
 Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana
mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah,
pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh
Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp ialah:-
i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang sudah
disampaikan secara verbal.
ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan simbol
atau lambang.

PICTURE
NonVerbal

iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah
pesan verbal dengan memberikan makna lain
menggunakan pesan nonverbal.
iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan
menyatukan bahasa bukan verbal.
v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan
mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal
i. Gerakan Anggota Badan
•Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi
tanpa lisan mempunyai makna tertentu.
• Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan
mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.
• Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna
sejagat yang difahami oleh semua orang seperti;
· Isyarat gerakan tangan
· Isyarat air muka
· Bahasa tubuh

ii. Gerakan Mata
•Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam
komunikasi tanpa lisan.
•Contohnya:
· Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan
tidak berminat
· Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi
tidak percaya
· Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan
dia berdusta
· Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi
malu/ tidak tenteram perasaannya.

iii. Gerakan Tangan
• Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan
orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
• Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat
mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
• Contohnya:
· Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan
maksudnya.
· Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut
yang bermakna diam/ tolong senyap
· Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya
adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
· Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan
menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya
itu.

iv. Mimik Muka
• Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan
maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
• Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
• Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas
terhadap seseorang.
•Contohnya:
· Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan
mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
· Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan
fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadianseseorang
· Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang
dengan mengamati air mukanya.
· Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang
dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah
air muka yang jernih.

Sumber : https://e.edim.co/41770489/kesantunan_verbal_dan_nonverbal_2.pdf?Expires=1441900614&Signature=OccpY1CYTnPcqSwlQ1ljMxJN43Zdvr-PLQBAzm9G~8dePl99Faf4CmuoFO7lLnYLbIkfcUS8OBeGjEQ8BJjU-FtaR2ffVo1OSb~S5d2RX0chS~9NLzkXqts8rWG71CHgCTgY32Bl-2xf3uco3uSyMb6T9D3XKQzMp72ez~CMW2fPT06xDgC8bEkloSbMK~BCqMdthtSONeVZWZZkfBwBZWHMx0krLVbCxhOV3RMGJAqattaCM8kjLoLfZh-v0uHZRaj5fSEIkRSnohuN~BhP0MbSO6YTmVrOsfouflU2EqcacMWxLycyMBJVcGPqQe-WmHKSSF1z6lznuGUwn0yJ~Q__&Key-Pair-Id=APKAIJNVNRBLLSTGN23Q

No comments:

Post a Comment