下次再来哟!!

Wednesday 9 September 2015

Kesantunan Verbal dan Kesantunan Nonverbal

          Kesantunan dapat dibahagikan kepada kesantunan verbal dan kesantunan nonverbal. Verbal bermaksud lisan. Kesantunan verbal bermaksud kesopanan dan kehalusan bahasa semasa berkomunikasi secara lisan. Kesantunan verbal ini sangat penting kerana ini perlu digunakan semasa kami bercakap dengan orang lain. Kesantunan bahasa verbal ini merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.

          Semasa kita berkomunikasi, komponen seperti fonetik dan fonologi, sintaksis dan semantik digunakan. Fonetik dan fonologi beekaitan dengan penyebutan dan bunyi bahasa yanh betul. Sintaksis pula berkaitan dengan penggunaan ayat yang betul. Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat yang digunakan.

          Terdapat beberapa aspek kesantunan verbal. Antaranya ialah cara sapaan lisan menurut bahasa Melayu dengan sopam santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Selain itu, kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan sendiri yang melibatkan penggabungan gelaran,rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama perlu diberi perhatian khusus untuk mengelakkan menyinggung perasaan orang lain. Pemilihan kata dan ungkapan yang digunakan bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

          Setiap keluarga mempunyai panggilan keluarga yang tersendiri. Panggilan keluarga dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Sistem ini dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu panggilan kekeluargaan peetalian darah dan sistem pqnggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan. Gelaran pergaulan tak bersahaja merupakan gelaran formal yang digunakan dalam situasi formal seperti tuan, puan, encik dan cik. Terdapat juga gelaran warisan dan gelaran kurniaan. Dalam majlis rasmi, kita juga akan menggunakan kata panggilan yang tertentu. Semasa kami berkomunikasi dengan orang lain, kami perlu bersenyum supaya kita dapat kelihatan lebih mesra.

          Komunikasi nonverbal merupakan komunikasi tanpa kata-kata seperti bahasa badan atau bahasa tubuh. Tujuan ini adalah untuk menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.

          Antara aspek kesantunan nonverbal ialah gerakan anggota badan. Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna seperti isyarat gerakan tangan, isyarat air muka dan bahasa tubuh. Selain itu, terdapat juga gerakan mata. Contohnya, mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak minat. Sekiranya seseorang tidak memandang mata menunjukkan dia berminat tetapi dia malu. Gerakan tangan seperti isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri adalah untuk menyampaikan maksudnya. Apabila seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya. Terdapat juga mimik muka. Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.

          Kesimpulannya, kesantunan verbal dan kesantunan nonverbal akan kita gunakan dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment