下次再来哟!!

Tuesday 8 September 2015

Pengertian Budi, Bahasa dan Budi Bahasa

         Kami telah membuat rumusan tentang pengertian budi,bahasa dan budi bahasa melalui bahan kuliah yang telah kami baca. Terdapat pelbagai makna bagi budi,bahasa dam budi bahasa. Pada pendapat kumpulan kami, budi merujuk kepada sikap yang baik dan tingkah laku yang sepatutnya dalam kehidupan seharian. Orang yang berbudi akan sentiasa menolong orang lain apabila mereka melihat orang lain memerlukan pertolongan. Selain itu, orang yang berbudi juga tidak akan berharap balasan daripada orang tersebut setelah dia menolong orang lain. Orang yang menerima budi tersebut juga tidak diminta untuk membalas budi yang diterima tetapi mereka diminta untuk menolong orang lain sekiranya mereka lihat orang yang memerlukan bantuan.
         Pada pendapat kumpulan kami, pengertian bahasa ialah bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam kehidupan seharian. Kita semua telah menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain. Bahasa yang kita guna perlulah bersopan santun supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Setiap bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar.
         Bagi pengertian budi bahasa pula, kami berpendapat bahawa budi bahasa merupakan perlakuan dan pertuturan yang mulia,bersopan santun dan tataertib dalam kehidupan seharian. Budi bahasa sangat penting bagi kami semua dalam kehidulan seharian. Orang yang berbudi bahasa dapat dihormati oleh orang lain. Sebagai contoh, apabila orang lain sedang bercakap,kami tidak boleh menyampuk percakapan tersebut secara terburu-buru.
         Kesimpulannya, kami semua perlu mengamalkan amalan budi bahasa dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana amalan budi bahasa amat penting dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment