下次再来哟!!

Monday 31 August 2015

Pengenalan - Kesantunan Masyarakat Malaysia

          Kesantunan Masyarakat Malaysia merupakan salah satu subjek dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Dalam subjek ini, kami dapat mempelajari aspek-aspek kesantunan dalam kalangan masyarakat. 

          Melalui subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia ini, kami dapat memahami tentang konsep budi bahasa dalam masyarakat Malaysia dengan jelas. Kami dapat mengetahui tentang pengertian budi, bahasa dan budi bahasa. Budi bahasa dalam kalangan masyarakat Malaysia juga dapat kami pelajari melalui subjek ini. 

          Selain itu, kami juga dapat mengetahui kesantunan berbahasa. Terdapat pelbagai pendapat sarjana tentang kesantunan berbahasa. Kesantunan berbahasa dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham dalam kalangan masyarakat, terutama masyarakat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum. 

          Seterusnya, Kesantunan Masyarakat Malaysia juga mengandungi aspek-aspek peraturan berbahasa. Terdapat pelbagai peraturan yang perlu kami amalkan semasa kami berkomunikasi dengan orang lain. Kami perlu bertutur dalam bahasa sopan. Hal ini dapat mengelakkan diri kami daripada menyinggung perasaan orang lain. 

          Terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan kesantunan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah isu pendidikan, isu media, isu gejala sosial, isu teknologi maklumat dan komunikasi dan juga isu-isu tambahan lain. Dewasa ini, terdapat banyak isu yang berkaitan dengan gejala sosial dalam kalangan masyarakat. Faktor yang utama ialah jati diri seseorang tidak kukuh dan juga tidak patuh akan agama sendiri. 

          Kesimpulannya, melalui Kesantunan Masyarakat Malaysia, kami dapat mengetahui tentang cara -cara untuk berbahasa dalam kehidupan harian. Dengan ini, masyarakat yang bersopan santun dapat dilahirkan pada masa depan dan kesejahtaraan kehidupan akan terjamin. 

No comments:

Post a Comment