下次再来哟!!

Tuesday 8 September 2015

Kuliah 2 - Ciri-ciri Budi Bahasa dan Budi Bahasa dalam Masyarakat Malaysia

Konsep Budi Bahasa
  • Budi bahasa bermaksud tutur kata yang diaplikasikan oleh seseorang secara tertib dan bersopan santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
  • Menurut Amat Juhari Moin (1989), apabila seseorang itu hendak bercakap atau bertegur sapa dengan seseorang yang lain, bahasa yang hendak digunakan mestilah difikirkan dan diteliti dengan halus terlebih dahulu.
  • Kesimpulannya, budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan seseorang yang bergabung atau bercantum dalam bentuk kata-kata yang mempunyai nilai akhlak yang mulia.
  • Setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.
  • Justeru semua nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat dan negara merupakan nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat istiadat dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang bertamadun.

Ciri-Ciri Budi Bahasa
  • Menurut Mustafa Hj Daud ,1995 seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:
- ikhlas
- jujur
- benar
- merendah diri
- pemurah
- suka menolong
- berjasa
- berbakti
  • Lima ciri lain yang perlu dimiliki oleh orang yang berbudi bahasa iaitu:
o   pemaaf
o   bersifat sabar
o   bersikap positif (optimis, semangat dan minat,
     kepercayaan, integriti, keberanian)
o   memiliki kesantunan yang tinggi semasa berinteraksi
o   bersopan santun/ tertib
  • Ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata Raja Ali Haji:
"Hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun roboh."
- Gurindam Fasal yang Keempat

  • Budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah laku.


  • Za’ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik:

- bersalam
- menunjukkan muka yang manis
- cara duduk yang tertib
- melayan tetamu dengan menghidangkan juadah
- membongkokkan badan ketika melintas
- menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu

  • Budi bahasa bukan sekadar pertuturan, malah melibatkan tingkah laku.


  • Za’ba (1950) memberikan beberapa contoh tingkah laku yang baik:

- bersalam
- menunjukkan muka yang manis
- cara duduk yang tertib
- melayan tetamu dengan menghidangkan juadah
- membongkokkan badan ketika melintas
- menggunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu
Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia

 Budi Bahasa Dalam Masyarakat Malaysia
Kata sapaan
Kata gelaran
Panggilan
Memberi salam
Bersalam
Bertanya khabar
Melayan tetamu – jamu makan
Menghormati orang tua

  • Masyarakat Melayu

-berpegang kuat pada adat resam dan agama
-contoh : tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila
-memberi salam apabila bersua
-tidak menyampuk semasa orang tua bercakap
Sumber : https://e.edim.co/41770489/kuliah_2_budi_bahasa.pdf?Expires=1441900283&Signature=pL5ZmuFKKHx8-vLNMbjLHEbAQYnRsMsxUTKHUjsG8PxTSQEzCAzRfptTSo3MdW01rKQ0cYDgJDnlDFPNPNIuC53rd~kv12TKj73N8ero8UHP3WTx8xwyV0YhiBF6T~vZ3gzsyrAlixIak58m6UFictKupIvwjgQOILatqwHFekd1k7AeaB8fCPR6y66XwuHM7f~136UcSFj-ZDp3bl74Y6C33zqWlhMLAabUvp5dFSniJ6ubKY7wtgvhjfJuuKUDw5yjjH7NNg5-P3xlA0loQtpLLuJrlcyGCo5nNwiS8Dd8iH6PDLiPJb~EjZ9~u8fZggmOYR~F5GMJaDRQlIYThw__&Key-Pair-Id=APKAIJNVNRBLLSTGN23Q

No comments:

Post a Comment